Union Jack
Union Jack

Union Jack

Bendera Union Jack[1][2] atau nama rasminya, Union Flag (Bendera Kesatuan) ialah bendera kebangsaan kerajaan United Kingdom. Bendera ini pernah digunakan pada suatu ketika oleh negara-negara yang berada di dalam Empayar British. Kini, ia juga memiliki status rasmi atau separuh rasmi di negara-negara dalam Alam Komanwel.Asal Bendera Great Britain ialah pada 1606, di mana bemdera ini menggabungkan bendera-bendera Kerajaan England (Salib Santo George yang diwakili salib merah berlatarbelakangkan putih) dan Scotland (Saltira / Salib Santo Amdrew iaitu saltira putih berlatarbelakangkan biru). Saltira Santo Patrick, iaitu bendera saltira merah berlatar belakangkan putih yang mewakili Ireland ditambahkan ke dalam bendera ini telah wujud setelah peristiwa Akta Kesatuan 1800 yang menyatukan Kerajaan Ireland bersama Great Britain pada 1801 [3] dan menjadi reka bentuk Union Jack yang paling terkini.Negara Wales tidak diwakili langsung dalam reka bentuk bendera ini kerana Wales dikira masuk dalam Kerajaan England sejak kurun ke-16 - dikukuhkan lagi dengan penguatkuasaan Akta-Akta Undang-undang dalam Wales 1535 dan 1542 - semasa bendera ini tercipta.